Tuesday 30 December 2014

header @ twitter

~Dunia ini hanya pentas lakonan.Dan trofinya di akhirat kelak.(Inni Akhafullah)

~Sepotong kalimah yang berjuta makna; الأرض (syair Islam)

~Don't turn your head.Keep looking at the bandaged wound.That's where the light enters you.And don't believe for a moment that you're healing yourself. (Yasmin Mogahed)

~Doa adalah bukti begitu kecilnya kita sebagai  hamba.Impian adalah titik gerak langkah kita.

~Hati ini adalah hati yang dimiliki oleh Allah  dan Allah meminta kita mencintai kekasihnya Rasulullah S.A.W.
صلى الله على محمد (Pencinta Rasulullah)

~Setiap ujian yang Allah bagi pasti ada hikmahnya.Semakin sayang Allah kepada seseorang hambanya semakin berat ujian  buatnya.(Hamba Allah)

~Kalau lewat tidur sebab qiamullail takpe bukannya sebab main handset sambil mengilai




Sunday 28 December 2014

Peace Be Upon You

~Do whatever you want, but remember , you are being watched and you will be judged.

~If someone can't see you happy, make du'a that Allah gives them their own happiness so that they can stop
hating on yours.

~Hypothesis/inference;

The more you realize, the more we are grateful of what we have. Alhamdulillah.

~Patience is beautiful.

~It is the most effective weapon ever known .For nothing can stand against the weapon of unshakable faith.






Sunday 5 January 2014

CINTA DUNIA

Saudaraku, ikatlah hawa nafsu dengan tali kekang, lindungilah hati ini daripada dosa-dosa dan bacalah lembaran-lembaran pengajaran dengan lidah.

        Wahai orang yang membelakangkan ajal dan mengutamakan cita-cita! Wahai orang yang selalu membuat dosa, wahai orang yang suka tidur berwaspadalah!

        Tahun demi tahun kau sia-siakan? Dunia dan isinya hanyalah mimpi belaka. Semakin indah dunia semakin dalam juga mimpi itu. Sayangnya, ramai orang yang memikirkan dunia dengan akal budak. Semua yang menyusahkan hawa nafsu dianggapnya sebagai tukang fitnah. Kelalaian ini telah habis masanya, musibah-musibah kian dekat. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Wassalam.

       Nabi Isa a.s pernah melalui sebuah kampung. Kelihatan semua penduduknya sudah tewas dalam keadaan terlungkup pada wajah mereka, bergelimpangan di setiap kumpulan. Nabi Isa a.s sangat hairan melihatnya.

       Lalu dia berkata kepada murid-muridnya, "Wahai para Hawari(sahabat Nabi Isa a.s), seluruh penduduk kampung ini tewas dalam keadaan dimurkai Allah. Seandainya mereka meninggal dunia dalam keadaan diredhai Allah, tentulah mereka akan saling menguburkan satu sama lain."

       "Wahai Roh Allah, kami ingin mendengar kisah mereka," pinta para Hawari.

       Nabi Isa a.s memohon kepada Allah agar diberitahu tentang penduduk kampung itu. Maka Allah mewahyukan kepadanya, "Jika malam tiba, serulah mereka kerana mereka akan menyambut seruanmu."

       Pada malam harinya, Nabi Isa a.s datang kepada sebuah kelompok dan berseru, "Wahai penduduk kampung!" Lantas salah satu mayat itu menyahut, "Kupenuhi panggilanmu, wahai Roh Allah."

       "Apakah yang telah terjadi kepada kalian dan apakah kejahatan yang telah kalian?" tanya Nabi Isa a.s.

       Mayat hidup itu menjawab, "Wahai Roh Allah, kami bermalam dalam keadaan sihat , lantas paginya kami sudah menjadi mayat."

       "Mengapa demikian?" tanya Nabi Isa a.s lagi.

       Mayat hidup itu menjawab , "Kerana kecintaan kami pada dunia dan ketaatan kami pada penggemar maksiat serta kami tidak menyuruh orang untuk berbuat ma'ruf, juga tidak melarang orang daripada berbuat mungkar."

        "Bagaimanakah kecintaan kalian kepada dunia?" Nabi Isa a.s bertanya lebih lanjut.

        Mayat hidup itu menjawab,"Seperti cinta seorang anak kecil kepada ibunya. Jika dunia datang maka kami gembira. Jika dunia pergi meninggalkan kami maka kami akan bersedih dan menangis."

        "Wahai orang mati, mengapa kawan-kawanmu yang lain tidak menyambut seruanku?" Nabi Isa a.s kembali bertanya.

        Mayat hidup itu menjawab , "Mereka diikat dengan tali kekang daripada api oleh para malaikat yang kasar dan bengis."

       "Lantas bagaimana boleh kamu menyambut seruanku di antara mereka?" tanya Nabi Isa a.s.

       Mayat hidup itu menjawab, "Dulu aku hidup bersama mereka, namun tidak seperti mereka. Ketika azab turun menimpa mereka, aku juga ditimpa azab itu. Sekarang, aku tergantung di pinggir jurang neraka jahannam. Aku tidak tahu, apakah aku akan selamat daripadanya atau aku akan jatuh ke dalamnya."

       Semoga Allah menyelamatkan kita daripada hal itu.

       Wahai orang yang telah berusia, insafilah segala maksiat yang telah kamu lakukan! Ini kerana boleh jadi kamu akan diusir daripada rahmat Allah akibat maksiatmu.

       Wahai orang yang telah lanjut usia, ingatlah masa lalu tidak akan kembali, nasihat-nasihat telah diperdengarkan kepadamu dengan segala petunjuknya, uban pun telah memberitahumu bahawa kematian kian menghampirimu dan lidah pengajaran telah menyerumu: "Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu," (Al-Insyiqaq[84]:6).

       Saudaraku, ingatlah waktu untuk kembali, memohonlah keampunan dan berhentilah daripada melakukan dosa dan maksiat. Siapa yang berumur empat puluh tahun namun kebaikannya lebih sedikit daripada keburukannya, hendaklah dia bersiap sedia menghadapi api neraka.

       Allah berfirman, "Wahai hamba-hamba-Ku, tidakkah kalian mengetahui bahawa Aku menjadikan dunia sebagai negeri pemberian beban dan cubaan? Dan bahawa Aku mengkhususkan kurnia dan kebaikan hanya bagi orang yang kembali kepada-Ku di dunia dari tempat-tempat nista dan maksiat? Mengapa kalian tidak mengetuk pintu-Ku dan tidak menyukai limpah kurnia dan pahala-Ku, juga tidak takut terhadap azab dan hukuman-Ku?"

        Wahai orang yang lalai dan berada dalam keadaan mabuk, perhatikanlah baik-baik kurnia cinta Tuhan kepadamu dan kebaikan-Nya terhadapmu.

        Demi Allah, siramilah taubat pada belakang-belakang kalian, cucilah wajah-wajah kalian dengan titisan-titisan air mata, dan berselubunglah dengan serban-serban kepatuhan. Wallahu 'alam.

credit: lautan air mata